sambungan dari sini,
Q: apa hebatnya solat tahajjud
A: ketika disoal tentang solat yang paling afdal, Nabi SAW menjawab:
terjemahannya: "solat pada pertengahan malam"
solat Tahajjud sunyi daripada pandangan mata manusia. Hanya hamba yang ikhlas beribadat mampu bangun meninggalkan tilam empuk menuju ke bilik air dalam dingin sebelum subuh. ia juga menggambarkan kesungguhan hamba beribadat. pada waktu inilah yang terbaik untuk beribadat.
sabda Nabi SAW:
terjemahannya: " sehampir-hampir antara Tuhan dengan hamba-Nya adalah pada pertengahan malam yang akhir. Maka jika engkau mampu menjadi dikalangan yang mengingati Allah pada waktu itu maka jadilah". ( Riwayat Tirmizi )
Q: kalau nak bangun tahajjud nak solat apa?
A: boleh dibuat solat hajat, solat istikharah, solat taubat dsb. kalau rajin lagi, selepas solat, boleh duduk berzikir atau berbaring sambil berzikir. kalau rajin lagi boleh dibaca al-Quran
No comments:
Post a Comment