Wednesday, June 15, 2011

qada solat

sambungan dari sini,

Q: oleh kerana tertidur maka tertinggal solat Subuh secara tak sengaja.
A: secara TAK SENGAJA, solat yang tertinggal kerana tertidur atau terlupa wajiblah diqadakan.
Sabda Nabi SAW:
terjemahannya: " Maka apabila seseorang kamu terlupa akan solatnya atau kerana tertidur daripada solat, maka bersolatlah apabila kamu teringatkannya" (riwayat Tirmizi)

soalan yahudi tentang solat

seorang yahudi bertanya,
" katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat?"

Rasulullah SAW bersabda:" Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, zolat zuhur, pada saat itu nyalakan neraka Jahanam, orang mukmin mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka jahanam pada hari kiamat."

Sabda Rasulullah SAW lagi:" Manakala solat asar, adalah saat di mana nabi Adam AS memakan buah Khuldi. orang mukmin yang mengerjakan solat asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

setelah itu Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: " jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, solat maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi Adam AS diterima. seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan."

Sabda Rasulullah SAW: " solat isyak. katakan kubur itu sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath."

sabda Rasulullah SAW seterusnya:" solat subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selam 40 hari jemaah, diberi Allah SWT 2 kebebasan iaitu dibebaskan dari api neraka & dibebaskan dari sifat munafik."


No comments:

Post a Comment