Wednesday, June 15, 2011

continue

Q: solat cara duduk, bagaimana caranya
A: seelok duduk seperti duduk tahiyat awal. di kerusi pun boleh. sujud pastikan lebih rendah daripada rukuk. tak boleh duduk boleh baring sambil mengiring ke kanan dan lebih baik kalau dapat mengadap kiblat.
kalau mengiring tak boleh. baring secara terlentang. kepala ditinggikan sedikit dan kaki menghadap arah kiblat macam mayat dibaringkan.
note: inilah besarnya kepentingan solat. sedihnya masa sihat ramai tak nak solat. Masa sakit baru nak sibuk-sibuk solat

Q: ada yang kata waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika sujud.
A: masa solat tak boleh cakap kecuali dalam bahasa Arab. kalau tak tahu bahasa arab doalah dalam hati. kalau nak doa dalam bahasa melayu tunggulah sampai habis solat dulu.
ada hadis menggalakkan berdoa ketika sujud
terjemahannya: " sehampir-hampir keadaan seorang hamba daripada Tuhannya ialah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah doa maka waktu sujud adalah lebih cepat mustajab doa"         (riwayat muslim)

Q: apa patut kita buat jika terlupa rakaat masa solat.
A: itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpaedaya dengan tipu helah syaitan.
konsepnya mudah sahaja bila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan. contuoh terlupa bilangan rakaat samada 3 atau 4 rakaat. cuba ingati susur galur solat untuk memastikan bilangan yang yakin. jika tak dapat maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu 3 rakaat.

Q: selepas solat patutkah berzikir
A: terdapat banyak fadhilat zikri dan wirid selepas solat seperti

1. istighfar
2. zikir
3. "3 Qul"
4. Ayatul Kursi
5. zikir tasbih lafaz Subhanallah
    zikir tahmid lafaz Alhamdulillah
    zikir takbir lafaz Allahuakbar
    zikir tahlil lafaz Laillahaillah

Q: kalau nak zikir selepas solat berapa yang sebaiknya
A: berapa pun tak jadi masalah.
Nabi SAW ada menyarankan dalam hadis agar dilakukan sebanyak 33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 33 kali takbir. ada yang menyatakan bahawa Nabi SAW kadang-kadang melakukan 10 kali sahaja untuk setiap zikir.

No comments:

Post a Comment