semasa Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah, beliau telah mengeluarkan satu pengisytiharan kepada sekalian pegawai dalam kerajaannya iaitu: " Aku melihat solat sebagai satu kewajipan yang paling utama. Seseorang yang memberi penuh perhatian pada solatnya, Insya Allah akan menjaga suruhan agama yang lain. Tetapi jika dia meninggalkan solat, dengan mudah dia akan meninggalkan suruhan Allah dan agama yang lain"
adakah solatku diterima?
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya
- orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu
- orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
- orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
- orang lelaki yang melarikan diri
- orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat)
- orang perempuan yang suaminya marah kepadanya
- orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
- imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
- orang-orang yang suka memakan riba'
- orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar
Q: saya kerja buruh dan pakaian saya selalu kotor. Wajib ke saya solat?
A: Kerja tidak dapat menghalang kewajipan bersolat. Memang ada orang yang menjadikan pakaiannya yang kotor untuk tidak bersolat. Ia terletak kepada tahap keimanan seseorang.
note: apa salahnya sediakan kain untuk solat
Q: saya kadang-kadang tertanya-tanya, apa sebenarnya falsafah di sebalik solat ni?
A: lambang pengabdian diri seorang hamba kepada Tuhannya. Dengan solat, kita ingat kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Dalam solat sebenarnya kita bermunajat kepad Allah. Sabda nabi SAW
terjemahannya: "Sesungguhnya seseorang kamu apabila bersolat bermakna dia sedang bermunajat dengan Tuhannya" ( riwayat Bukhari )
note: munajat ini mudah katanya adalah berbual-bual dengan Tuhan. Sebab itu, semasa membaca Al-Fatihah, setiap ayat ada jawapannya daripada Allah.
Q: ucapan takbir, boleh silapke?
A: memasukkan hamzah istifham atau hamzah soal. Contohnya memanjangkan sebutan Allahuakbar menjadi Allahu a'kbar. Makna lafaz ialah adakah Allah Maha Besar? Subhanallah
Lafaz Akbar menjadi lebih panjang iaitu Akbaar ini maknaya gendang.
to be continued, Insya Allah
No comments:
Post a Comment