On Solat tahajud.
Saat itu hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sederhana, terdengar suara orang berbisik, " Wahai isteriku, ikhlaskan kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"
"Suamiku, kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada di sampingmu. Namun, saya ikhlas dengan apa yang kamu sukai. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskannya?" jawab Aisyah dengan lembut.
Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wuduk. Kedua-duanya lalu tegak dalam kesolehan qiamullail, ibarat Jabal Rahmah yang memancang kuat menembusi lazuardi keimanan. Takbir keduanya berkumandang bersama keagungan Tuhan. Bacaan firmannya bergetar bersama-sama deraian air mata, mengharap keredaan Zat yang menggenggam ubun-ubun kesedaran mereka. Begitu juga dengan gerak rukuk dan sujud mereka, berharmoni dengan gerakan dunia alam semesta. Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini.Panggilan bagi menjadikan mereka lebih mulia dalam menggappai maqaman mahmuda iaitu singgahsana kehormatan
Inilah sebuah peristiwa malam yang diceritakan oleh Aisyah kepada Atha' semasa temannya itu bertandang kerumah Ummul Mukminat. Kisah ini salah satu kisah yang menunjukkan usaha Rasulullah SAW menghidupkan sisa-sisa malam.
Subhanallah, malam itu Rasulullah SAW dan Aisyah solat dengan lamanya. Mereka solat hingga azan Subuh berkumandang. " Biasanya Rasulullah SAW tidak pernah datang lewat ke masjid. Apa yang berlaku agaknya?" tanya Bilal kepada para jemaah yang sudah kelihatan gelisah menunggu kedatangan pemimpin mereka itu. Lalu dia pergi menyusul ke rumah Rasulullah SAW.
Apabila sampai di rumah Rasulullah SAW, dia mendapati beliau sedang menangis. " Wahai Rasulullah SAW, kenapa kamu menangis? Bukankah Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan kamu?" tanya Bilal kehairanan.
" Sahabatku, bagaimana aku tidak menangis kerana semalam wahyu turun kepadaku. Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan duduk, berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi sambil berkata, 'Ya Allah, tidaklah engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci engkau dan peliharalah kami daripada seksa api neraka." (Surah Ali Imran ayat 190 hingga 191).
" Rugilah orang yang membaca ayat ini tetapi tidak menghayati kandungannya," tambah Rasulullah SAW sebelum beredar dari rumahnya.

pg: 11 Dari Diari Hidup Rasulullah SAW
No comments:
Post a Comment